Penyanyi dan komposer berbakat, Aisha Retno, diumumkan sebagai salah seorang pelakon utama yang bakal membawakan watak Gusti Putri Retno Dumilah dalam pementasan teater muzikal legenda, Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM).
Pengumuman rasmi tersebut disambut dengan sorakan dan ucapan tahniah daripada peminat industri hiburan tanah air yang mengagumi vokal hebat pelantun lagu Sutera itu.
"Pihak produksi mahu memastikan legasi Puteri Gunung Ledang terus relevan untuk generasi muda dengan membariskan bakat segar berjiwa besar."
— Wartawan Sinar HarianMenurut kenyataan pihak produksi, pemilihan Aisha dibuat berdasarkan keupayaan vokalnya yang luas dan keperibadiannya yang mencerminkan ketegasan serta kelembutan seorang puteri berdaulat.
Pementasan berskala mega ini dijadualkan menemui penonton di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre bermula akhir Oktober ini.