Khabar gembira buat ribuan peminat yang terlepas peluang keemasan: pihak produksi Enfiniti mengumumkan pelepasan sejumlah kuota tiket terhad bagi pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical 2026.
Keputusan ini dibuat berikutan penyelarasan teknikal akhir di The Grand Theatre, Jeffrey Cheah PAC, yang membolehkan sebilangan tempat duduk produksi dan pandangan jelas dibuka semula untuk pembelian awam.
Terdahulu, jualan tiket pembukaan mencatat rekod bersejarah apabila ludes terjual dalam masa kurang dua jam, menyebabkan lebih 22,000 peminat teater terkandas dalam senarai menunggu maya.
"Kami amat prihatin terhadap ribuan peminat yang kecewa kerana terlepas tiket tempoh hari. Penstrukturan semula dewan teater membolehkan kami membuka peluang kedua ini!"
— Kenyataan Rasmi EnfinitiPihak penganjur mengingatkan peminat agar segera merebut peluang kedua ini menerusi platform rasmi CloudJoi dan laman web PGL The Musical bagi mengelakkan pembelian daripada pihak ketiga atau ulat tiket.
Pementasan yang dijadualkan berlangsung dari 31 Oktober hingga 15 November 2026 ini dijangka menjadi acara seni persembahan paling gilang-gemilang tahun ini.